Total Pageviews

Monday 26 December 2011

ASAM PEDAS


Ikan Jenahak (Merah) amat sesuai digulai Asam Pedas
Daging nya yang lembut dan sedap
Tambahan pula asam pedas kaksity mengandungi 21 jenis ramuan dan rampah ratus
Asam Pedas Kaksity yang berasaskan Asam Pedas Melaka
telah diubahsuai dengan citarasa Mediteranean

Ramai yang telah mencuba Asam Pedas Kaksity
amat berpuas hati 
ramai juga yang datang kembali (repeat)
Asam Pedas Ikan Jenahak Kaksity kini merupakan menu yang terlaris.
Dengan harga yang sederhana bermula dari RM 11.00  untuk satu portion (utk seorang)
Anda pasti tidak akan kecewa.

Jika anda datang bersama rakan mahupun untuk sekeluarga
Kaksity syorkan untuk satu ekor ikan Jenahak
Harga mengikut saiz dan berat ikan
secara purata bermula dari RM 35.00


Kini Kaksity juga ada menyediakan
Asam Pedas Udang

Monday 12 December 2011

Menu Utama Kak Sity

ASAM PEDAS:

1. Ikan Kembong
2. Ikan Pari
3. Ikan Jenahak (Merah)
4. Ikan Siakap
5. Ikan Awan Tasek (kekadang ada kekadang tidak)
6. Asam Pedas Ayam
7. Asam Pedas Daging
8. Rendang Daging Koboi
9. Nasi Ayam
10. Sizzling Mee
11. Ayam Goreng Berempah
12. Ayam Masak Merah
13. Ikan Bawal Asam Manis ( Sweet n Sour)

Sarapan Pagi:
Nasi Lemak
Meehon Goreng
Nasi Goreng
Cheese Sandwiches
Roti Bakar + Telor Separoh Masak

Insyaallah akan ditambah dari masa kesemasa
 

MENU BARU KAK SITY





Nasi Ayam Kak Sity
Sedap dan Berkhasiat




Sizzling Yee Mee Kak Sity
Panas dan Menyelerakan

Wednesday 30 November 2011

SEMBANG KAK SITY


Sembang Kak Sity

Antara Tomyam, Soup Ekor dan Asam Pedas. Sama tapi tak serupa. Tomyam dan Soup ekor semangkuk (satu portion) lingkaran RM9 . Soup ekor mengandongi beberapa ketul ekor lembu sekitaran 50-70 gm diadun bersama serai, halia, daun limau purut dan beberapa perencah lain lagi. Sedap dimakan bagi pengemar makanan sebegini. MSG dan ajinomoto ????????

Asam pedas Daging kak sity diadun bersama 21 ramuan yang punyai khasiat kesihatan yang tersendiri. Antara nyer cili kering merupakan anti oxidant yang baik, Jintan putih dan Jintan Manis satu kombinasi untuk merawat sakit kepala dan migraine.

Moh kiter buat satu perbandingan: Ambil satu mangkuk soup ekor, satu mangkuk Asam Pedas Ayam Kak Sity, dan satu mangkuk Daging Asam Pedas Kak Sity,( portion to portion, gram per gram). Jumpa sama Food Teknologis atau pun Nutritionist untuk penilaian (Value 4 $).

Soup ekor memang ler sedap, punyai lemak tinggi mugkin nilai protein yang sederhana. Asam Pedas Daging Kak Sity daripada Daging Pejal Premium (Top side) ditambahkan pula dengan 21 ramuan rempas ratus serta herba terpilih. “ It is a well research product” yang punyai nilai tambah yang tinggi.

Bak kata mendiang Anthelme Brillat – Savirin , The Physiology of Taste, 1825 [French gourmet & lawyer (1755 - 1826)] “Tell me what you eat, and I will tell you what you are”.

Saturday 5 November 2011

Kami Namakan Asam Pedas Malaysia



ASAM PEDAS

Asam Pedas merupakan makanan yang terkenal di Malaysia. Sebut sahaja asam pedas semua orang tahu bahawa masakan itu sangat sedap. Walaupun tidak ada catatan sejarah atau bukti secara khusus menceritakan tentang asal usul asam pedas tetapi ianya sudah sinonim bagi negeri Melaka dan Johor.

Kami Namakan ASAM PEDAS MALAYSIA

Berbagai citarasa dalam penyedian ramuan masakan asam pedas. Bak kata orang putihNot every spiced dish is a CURRY and curry is not just one dish. Each distinctly different according to the spices and herbs used in varying combinations”.

Asam Pedas Malaysia mengandongi 21 jenis ramuan rempah dan herba terpilih. Setiap satu ramuan memiliki ciri khasiat pemakan dan kebaikan yang tersendiri. Contoh nya cili atau cayenne punyai nilai “anti oxiden” yang tinggi dan baik untuk penjagaan kesihatan.

Sunday 9 October 2011

ASAM PEDAS MALAYSIA


Lokasi : 24G Jalan Desa 9/3
Bandar Country Homes
48000 Rawang, Selangor
Tarikh Mula Operasi : 1 hb November 2011
Waktu Operasi:
08:00 AM - 15:00 PM
18:00 PM - 22:00 PM
Ahad : 08:00 AM - 15:00PM
Isnin : Tutop 

Tuesday 13 September 2011

NASI LEMAK


Fikirkan

Amat bertuah Negara ku Malaysia, cuaca yang sederhana panas diselangi hujan monsoon, hijauan hutan tropika yang ditumbuhi pelbagai herba, flora n fauna serba harum nyaman, buah2an eksotika durian, cempedak, ciku juga nangka, sungai yang mengalir bersama ikan2 saperti sepat ronggeng yang amat sedap digoreng, dipanggang, disalai mahu pun digulai. Aman kita bersama berbagai bangsa, rupa dan culture, Malaysia dikenali, disegani seantero dunia

Bermula Amalan makanan bekalan kepada pesawah dan pekebun kini di Abad 21 (21st Century) NASI LEMAK gah diantara menu dihotel taraf 5 bintang, juga merupakan menu wajib dikalangan usahawan kopitiam, teh tarik dan juga restoren orang cina.

Nasi lemak adalah diantara makanan kegemaran ramai di Malaysia, Singapura juga Selatan Thailand terutama sebagai sarapan waktu pagi. Nasi lemak merujuk kepada nasi yang dimasak dengan menggunakan santan kelapa untuk menambahkan rasa lemaknya. Bagi menambahkan aromanya daun pandan dimasukkan semasa nasi lemak dimasak, dibungkusi pula dengan daun pisang agar tambah harum tambah selera ketika menikmatinya. Kini terutama dikotaraya Nasi lemak bukan sahaja dinikmati pada waktu pagi malahan dinikmati diwaktu makan tengah hari dan malam.

Asas nya nasi lemak dihidangkan bersama telur, timun, ikan bilis goreng dan sambal tumis. Tetapi kini nasi lemak dijual dengan pelbagai lauk saperti daging, ayam, sotong, udang, limpa dan hati lembu.

It is told that 

“NASI LEMAK 
Was  presented by a Nyonya Mother in-law To The Mother of the Bride 12 days after the marriage And Acknowledge the fact that The bride was a VIRGIN”

Sunday 11 September 2011

KATE DEK DEMER




It is told that the famous Malay warrior

HANG TUAH

Once had an audience with a Chinese Emperor
It was forbidden to look at the emperor’s face
His audience had to kook down while talking
However, Hang Tuah requested that he be served with kangkung
Which was not cut, so to eat the kangkung
He had to lift his head And so could see the Emperor’s face
He was commended for his inguinity