Fikirkan
Amat bertuah Negara ku Malaysia, cuaca yang sederhana panas diselangi hujan monsoon, hijauan hutan tropika yang ditumbuhi pelbagai herba, flora n fauna serba harum nyaman, buah2an eksotika durian, cempedak, ciku juga nangka, sungai yang mengalir bersama ikan2 saperti sepat ronggeng yang amat sedap digoreng, dipanggang, disalai mahu pun digulai. Aman kita bersama berbagai bangsa, rupa dan culture, Malaysia dikenali, disegani seantero dunia
Bermula Amalan makanan bekalan kepada pesawah dan pekebun kini di Abad 21 (21st Century) NASI LEMAK gah diantara menu dihotel taraf 5 bintang, juga merupakan menu wajib dikalangan usahawan kopitiam, teh tarik dan juga restoren orang cina.
Nasi lemak adalah diantara makanan kegemaran ramai di Malaysia, Singapura juga Selatan Thailand terutama sebagai sarapan waktu pagi. Nasi lemak merujuk kepada nasi yang dimasak dengan menggunakan santan kelapa untuk menambahkan rasa lemaknya. Bagi menambahkan aromanya daun pandan dimasukkan semasa nasi lemak dimasak, dibungkusi pula dengan daun pisang agar tambah harum tambah selera ketika menikmatinya. Kini terutama dikotaraya Nasi lemak bukan sahaja dinikmati pada waktu pagi malahan dinikmati diwaktu makan tengah hari dan malam.
Asas nya nasi lemak dihidangkan bersama telur, timun, ikan bilis goreng dan sambal tumis. Tetapi kini nasi lemak dijual dengan pelbagai lauk saperti daging, ayam, sotong, udang, limpa dan hati lembu.
It is told that
“NASI LEMAK
Was presented by a Nyonya Mother in-law To The Mother of the Bride 12 days after the marriage And Acknowledge the fact that The bride was a VIRGIN”