Total Pageviews

Friday 31 August 2012

Lokasi Kak Sity


Salam dan Selamat sejahtera kepada pelawat blog kak sity.
Ada diantara mereka diluar sana agak keliru.
Ada juga yang tersesat.
 Lokasi kami agak terceruk sedikit
Bagi yang tidak biasa ke Bandar Country Homes, Rawang.
Oleh itu kami lakarkan lokasi kami disini:
Boleh juga hubongi kami
019-2185739
016-2384378



Saturday 24 March 2012

Sesekali Kesini

Terlalu pantas masa berlalu. Dah bulan ke-4 Kak Sity beroperasi.

Syukor kami " Ya Allah, Ya Rahman, Ya Rahim, Ya Maliki ", Tuhan yang menguasai semesta alam atas limpahan kurnian Mu kepada kami".

Disuatu malam beberapa hari yang lalu, kembali berkunjong sepasang pelanggan yang selalu menjamu selera disini. Suami ku yang amat prihatin akan selera mereka terus memohon maaf sebelum mereka melangkah masuk. Mohon maaf kerana pasti dimalam itu kami tidak dapat memenohi citarasa mereka. Ikan Jenahak Merah masak Asam Pedas kegemaran mereka kehabisan stok. Terasa sangat kecewa diri kami dihari itu kerana tidak dapat memenohi hajat mereka namun begitu sisuami tetap degan asam pedas nya walaupun sikembong gantian siKakap. ( Ikan Kakap = Ikan Jenahak Merah, bahasa Indonesia).

Yang amat mengharukan lagi dimalam berikut nya mereka kembali semula, syukor alhamdu lillahi siKakap sedia menanti, senang hati kami melihat mereka begitu selera sekali. Ini lah diantara beberapa kenangan asam manis yang ditempohi dan pasti nya akan menambahkan semangat kami untuk terus memperbaiki diri.

Tak lupa juga kami dengan sokongan kawan dan rakan serta komen manis dari para pelanggan. Maka hasrat kami untuk tambah lagi menu Kak Sity.

Kak Sity bermula dari pagi: Jam 08.00 Sarapan Pagi.
Bermula dengan Nasi Lemak, Meehon dan Mee
Kini ada juga Lontong untuk dinikmati
Akan menyusul tak lama lagi
Mee curry, Roti Dadar Manis dan lenlain lagi.

Nasi campor hidangan tengah hari
Selain Asam Pedas  masakan Minang itulah specilities kami
Gado gado akan menjelma tak lah lama lagi
Bak kata antara pelanggan kami:
" sape tak cuba pasti nyer rugi"
Disini semua nyer ori



Keli Goreng Cili              
      

     

Friday 9 March 2012

SERUMPUN KITA DISINI

Dah Lama Kak Sity tak update blog.

Perkembangan terkini:

Kak Sity kinn ada menyediakan nasi campor masak Padang (Minang)
Ramuan Chef yang berpengalaman dari Medan
Untuk makanan tengahari (lunch).

Antara menu nya:
Ayam masak lemak kuning
Ikan masak tauchooo
Ikan keli goreng cili
Rendang Daging, Limpa , Paru dan Hati
dan lain lain lagi.

Sedap, menyelerokan dan hygienic



AYAM MASAK KUNING MINANG
 
RENDANG MINANG
KANGKONG MASAK TAUCHOO

Monday 26 December 2011

ASAM PEDAS


Ikan Jenahak (Merah) amat sesuai digulai Asam Pedas
Daging nya yang lembut dan sedap
Tambahan pula asam pedas kaksity mengandungi 21 jenis ramuan dan rampah ratus
Asam Pedas Kaksity yang berasaskan Asam Pedas Melaka
telah diubahsuai dengan citarasa Mediteranean

Ramai yang telah mencuba Asam Pedas Kaksity
amat berpuas hati 
ramai juga yang datang kembali (repeat)
Asam Pedas Ikan Jenahak Kaksity kini merupakan menu yang terlaris.
Dengan harga yang sederhana bermula dari RM 11.00  untuk satu portion (utk seorang)
Anda pasti tidak akan kecewa.

Jika anda datang bersama rakan mahupun untuk sekeluarga
Kaksity syorkan untuk satu ekor ikan Jenahak
Harga mengikut saiz dan berat ikan
secara purata bermula dari RM 35.00


Kini Kaksity juga ada menyediakan
Asam Pedas Udang

Monday 12 December 2011

Menu Utama Kak Sity

ASAM PEDAS:

1. Ikan Kembong
2. Ikan Pari
3. Ikan Jenahak (Merah)
4. Ikan Siakap
5. Ikan Awan Tasek (kekadang ada kekadang tidak)
6. Asam Pedas Ayam
7. Asam Pedas Daging
8. Rendang Daging Koboi
9. Nasi Ayam
10. Sizzling Mee
11. Ayam Goreng Berempah
12. Ayam Masak Merah
13. Ikan Bawal Asam Manis ( Sweet n Sour)

Sarapan Pagi:
Nasi Lemak
Meehon Goreng
Nasi Goreng
Cheese Sandwiches
Roti Bakar + Telor Separoh Masak

Insyaallah akan ditambah dari masa kesemasa
 

MENU BARU KAK SITY





Nasi Ayam Kak Sity
Sedap dan Berkhasiat




Sizzling Yee Mee Kak Sity
Panas dan Menyelerakan