Total Pageviews

Sunday, 11 September 2011

ASAM PEDAS


ASAM PEDAS

Asam Pedas merupakan makanan yang terkenal di Malaysia khususnya di negeri Melaka dan Johor. Walaupun tidak ada catatan sejarah atau bukti yang menceritakan secara khusus tentang asal usul asam pedas tetapi ianya sudah sinonim bagi kedua negeri ini.

Warisan seni culinary melayu mula berkembang sejak kurun ke-15 dizaman kegemilangan Kerajaan MELAKA. Para pedagang dari Indonesia, India, Arab dan China berdagang di Melaka. Ada diantara para pedagang tersebut berkahwin dengan gadis melayu dan ada juga diantara mereka yang terus menetap di Melaka. Rempah ratus mula diperkenalkan dalam masakan melayu saperti buah pelage, lada hitam, halia, lengkuas, jintan dan lain2 lagi. 

Sebut sahaja asam pedas semua orang tahu bahawa masakan itu sangat sedap. Kebiasaannya masakan asam pedas bukan sahaja di hidangkan untuk keluarga di rumah malah masakan ini juga terdapat di kedai-kedai makan, restoran, juga di hotel-hotel yang terkemuka di negeri Melaka dan Johor.

Ia bukan saja terkenal dan di sukai oleh penduduk negeri Melaka dan Johor sahaja bahkan pelancong dari dalam dan luar negara juga meminati masakan asam pedas ini.

No comments:

Post a Comment